Halaman

Isnin, 15 April 2013

EKSPIRIMEN BATANG KAKI CROSS IBU LIPAN.

Dalam menghasilkan baka- baka terbaik, muay dan tomoi tersohor, saya telah melakukan silangan baka magon dengan ibu Lipan ( baka hujung ) yang mempunyai permaian pantas, pukulan padu, ketip kepala dan  body lawan . Idea gila-gila terpikir semasa ibu lipan tersedia mengawan itu kesepian akibat ketiadaan baka hujung.

Hasilnya 5 ekor jantan dan 2 betina terhasil. kombinasi 3 darah. harap- harap menjadi dan boleh diketengahkan sebagai saingan dunia luar. 2 ekor jantannya telah di jual oleh member terdekat. mula x mahu jual lagi, saja anak tunggu dewasa , nak tengok hasi sabungnya  tapi setelah dipujuk berulang kali, hati nie lebur jugak.Umur sekitar 2 bulan.




Sabtu, 13 April 2013

TEST SAIGON  VS LIPAN MERAH 

AYAM SAIGON BARU BERUSIA 8 BULAN BARU MELAWAN LAWAN. DI UJI DENGAN LIPAN MERAH

MASIH LEMBIK DAN PERLU KETAHANAN KAWAT LATIHAN
FIRST BAKA BATANG KAKI 2013.

Baka batang kaki yang baru di proses, kedua- dua ayam  jenis Mathai, cuma testing, cari formula  perbezaan muay dan cara sabung,  darah Mathai Original dengan Mathai kroh ( Mathai + baka kroh ).

Kedua- dua dalam umur 8 bulan , baru melawan gu.....berat 2.7kg dan 2.5 kg
Yang Hitam Kuning adalah Mathai Ori Dan Yang Hitam dengan sedikit merah tu Mathai Kroh.
Jika dianalisa video ini , dapat kita tengah perbezaan. satu pukul tengkok /muka dan yang satu lagi pukul badan. Jadi saya ingat nak buat eksprimen lagi agar kedua- dua jenis muay dan tomoi ada dalam satu ayam sahaja.

TEST SPARING BAKA BATANG KAKI . MATHAI ORI VS MATHAI KROH 




Ahad, 7 April 2013

AYAM OH AYAM

Sekarang nie genaplah hampir 3 tahun aku berkecimpung dalam hobi menternak ayam sabung. Setelah aku balik ke kampung kerana ingin mendiami rumah sendiri setelah hampir 15 tahun berkelana mencari rezeki di bumi bukan kelahiran ku.
Aku bermulanya dengan membina reban dari sisa - sisa kayu dari lebihan buat rumah dan tersergam dua buah tepi tepi bendang padi yang terletak dihadapan rumah ku. Perintis pembakaan dari baka hujung dengan membeli seekor bapak ayam rinting surat  muda dan 2 ekor surat  ibu. seekor hujung dan seekor batang kaki dengan sejumlah modal.

Masa berganti masa aku melakukan ujikaji pertama iaitu baka hujung dikacukan dengan baka batang kaki. hasilnya ada baka hujung asli dan baka kelar ( hujung + bakang kaki). First produk ada dua jenis sabung yang aku perolehi. satu jenis hujung jalan ( ligat, perlawanan silang ) dan satu lagi  baka sepak, depan dan badan  gu.

Hasil pertama aku memperolehi lapan jantan dan 5 betina . masa anak semua nya ok, jalan bersama , tidur bersama dan make bersama. bila dah besar, mulai lawan dan berlagak nak jadi taiko. jadi berlawan sama sendiri, sampaikan aku ke tempat kerja pun di ganggu dengan telefon anak bagi tahu  ayam - ayam ku belaga sesama sendiri.Aku mulai membeli sangkar dan mengurung ayam yang bersambung dengan gunya . tapi mungkin rezeki ku sudah ditakdirkan. ayam kesayangan ku bersambung mati dengan adik beradiknya.2 ekor mati termasuklah ayam kesayanganku.

Aku termenung rasa kesedihan memikirnya. lantas saya ke kedai kayu membeli kayu, zink dan kawat untuk di buat reban. kerana kesibukan berkerja aku pun mengupah rakan membina reban ku dan sudah siap setahun lalu.  Kini aku terpaksa membina lagi reban ke 3 kerana ayam- ayam. minat punya pasal. duit pun tak kisah la......yang penting hari puas.......

Jumaat, 15 Februari 2013

LIPAN MERAH DALAM KENANGAN .

LIPAN MERAH , AYAM 2 JALAN,  HUJUNG DAN BATANG KAKI ADALAH AYAM KESAYANGAN YANG DIBELA DARI KECIK( 2 BULAN ).DI BELI MR LEH DARI KELABORAN .
BAKA NYA DARI BAKA SURATHANI( UJUNG ) DAN DI KACUKAN DENGAN IBU TEMPATAN ( BATANG KAKI ) . BAPAK LIPAN NIE SUDAH 3 X MENE DAN KINI SUDAH MERANTAU KE SELATAN TANAHAIR.( TELAH DIJUAL )

LIPAN MERAH, AYAM BERAT 3.7 KG , PUKULAN DERAS, KUAT DAN 2-3 PUKULAN SERENTAK ,PERMAINAN 2 JALAN, BIJAK DALAM PERSABUNGAN, DIMANA BILA GU SAMA TINGGI, PUKULAN KEPALA DAN SEPAK DADA GU ADALAH CORAKNYA, BILA KELETIHAN , LIPAN AKAN SEMBUNYI KEPALA BAWAH SAYAP GU. SETELAH MEGILAS  GU, BIASA PUKULAN KAKINYA MESTI DI BELAKANG GU DAN KEPALA GU MESTI SINGGAH.

BILA GU TINGGI DARI NYA. LIPAN KERAP SEMBUNYIKAN KEPALA BAWAH KEPAK GU. TAPI SEBELUM SEMBUNYI MESTI 2- 3 PUKULAN DI KEPALA GU DILAKUKAN.

KINI LIPAN MERAH DILEPASKAN KEPADA TUAN BARU, AGAR BAKAT PERSABUNGAN LIPAN AKAN DISERLAHKAN DAN DIASAH. ...SAYANG MEMANG SAYANG, SEBAB INGAT NAK BUAT BAKA INDUK . TAPI KERANA MINAT KAT AYAM BATANG KAKI , LIPAN MERAH TERPAKSA DILEPASKAN .SEBELUM BERPINDAH TUAN, LIPAN SEMPAT BAGI ZURIAT SEBANYAK  7 EKOR. DIHARAPKAN ANAK- ANAKNYA AKAN MEMPUNYAI BAKAT ATAU LEBIH DARI BAPANYA.

SELAMAT TINGGAL LIPAN MERAH DARI REBAN KAMPUNG. BERBAKTI LA KEPADA TUAN BARU MU .... TUNJUKAN SEGALA TOMOI DAN MUAY MU KEPADA DUNIA LUAR.



Sabtu, 26 Januari 2013

Anak - anak hujung taji untuk dijual

Anak- anak Rintang Emas ngan ibu Surathani . Anak hujung ori berusia 3 bulan. 4 jantan dan 2 Betina . Hubungi 0199941601 jika berkenan. 


SUDAH 3 EKOR TELAH DI JUAL, TINGGAL 3 EKOR LAGI.2 JANTAN 1 BETINA

Sabtu, 19 Januari 2013

Menjejaki baka- baka batang kaki terbaik.

Salam To you all semua, otai - otai lama dalam arena sabung.


Akibat mendalami minat membiak baka batang kaki yang terbaik, saya menghubungi member- member terdekat untuk menjejaki baka- baka batang kaki yang terbaik, tersohor , muay dan tomoi laga yang terhebat di sekitar Pasir  Mas dan Tumpat. Melalui  kenalan baik di maklumkan bahawa sepasang ayam batang kaki di kawasan kelaboran, tumpat untuk di jual.

Seperti  yang dijanjikan , saya tiba  ke rumah tuan ayam yang dimaksudkan. Setelah itu. di temukan sepasang anak ayam muda yang berwarna hijau kehitaman ( pondan ). Susuk tubuh  tinggi, Tulang kasar , batang kaki berwarna putih bersisik sebijik mcm bapaknya dan berbalung belimbing belah di hujung .  . Di beritahu ini adalah anak SI KARAH. 

Aku hairan tengok anaknya warnanya hijau hitam, tapi bapaknya warna karah ( Cokelat Muda ).Tuan Ayam bagitahu bahawa semua anak mengikut warna bapaknya telah dijual hanya sepasang anak yang berwarna ikut  ibu ( baka siam ) yang tinggal. Mulainya dia amat keberatan untuk  menjual kerana nak tengok sendiri  bakat warisannya Karah bila dewasa nanti. tapi dia memerlukan duit untuk membeli burung . Hai..... hobi Orang nie macam- macam la.

Aku bertanya sejarah dan asal usul Karah nie. Dia mulai bercerita : SI KARAH nie berasal dari suatu Bon di Namrong  Thailand. Dia merupakan tuan kedua ayam nie. Tuan Asal ayam ini membeli dari seorang siam yang bertugas sebagai Tukang Cuci/ Lasak ayam di sebuah Bon yang terkemuka di Thailand. Beliau telah menyeludup keluar si Karah ini dari bon tersebut . kemudian ayam ini dipelihara sehingga dewasa. Pernah di bawa di bon Nara dan di lagakan dengan juara 5 X di bon tersebut, keputusan seri selepas 6 X air. Kemudian dibawa kali ke2 ke bon . semua tuan -tuan ayam yang pernah tengok kepahlawanan karah ini tak mahu lawan. kali ke 3 dibawa ke bon. tiada gu jgk. Akhirnya sudah 2 kali luruh bulu , Karah Di jual kepadanya. 
Aku mulai sangsi dengan ceritanya , aku ingin bukti . Aku bagi tahu nak tengok sparing SI KARAH ini .beliau pun bersetuju , SI KARAH di adukan dengan ACER di hadapan aku. Tak tahu kenapa pulak tangan aku gatal nak rakam video sparing nie. 

Begitu Jalan cerita Mengenai SIKARAH INI. VIDEO SPARING INI AKU KONGSIKAN BERSAMA UNTUK MENILAI KEHEBATAN MUAY DAN TOMOI SI KARAH. 
SAKSIKAN PUKULAN SI KARAH TKO ACER.