AYAM OH AYAM
Sekarang nie genaplah hampir 3 tahun aku berkecimpung dalam hobi menternak ayam sabung. Setelah aku balik ke kampung kerana ingin mendiami rumah sendiri setelah hampir 15 tahun berkelana mencari rezeki di bumi bukan kelahiran ku.
Aku bermulanya dengan membina reban dari sisa - sisa kayu dari lebihan buat rumah dan tersergam dua buah tepi tepi bendang padi yang terletak dihadapan rumah ku. Perintis pembakaan dari baka hujung dengan membeli seekor bapak ayam rinting surat muda dan 2 ekor surat ibu. seekor hujung dan seekor batang kaki dengan sejumlah modal.
Masa berganti masa aku melakukan ujikaji pertama iaitu baka hujung dikacukan dengan baka batang kaki. hasilnya ada baka hujung asli dan baka kelar ( hujung + bakang kaki). First produk ada dua jenis sabung yang aku perolehi. satu jenis hujung jalan ( ligat, perlawanan silang ) dan satu lagi baka sepak, depan dan badan gu.
Hasil pertama aku memperolehi lapan jantan dan 5 betina . masa anak semua nya ok, jalan bersama , tidur bersama dan make bersama. bila dah besar, mulai lawan dan berlagak nak jadi taiko. jadi berlawan sama sendiri, sampaikan aku ke tempat kerja pun di ganggu dengan telefon anak bagi tahu ayam - ayam ku belaga sesama sendiri.Aku mulai membeli sangkar dan mengurung ayam yang bersambung dengan gunya . tapi mungkin rezeki ku sudah ditakdirkan. ayam kesayangan ku bersambung mati dengan adik beradiknya.2 ekor mati termasuklah ayam kesayanganku.
Aku termenung rasa kesedihan memikirnya. lantas saya ke kedai kayu membeli kayu, zink dan kawat untuk di buat reban. kerana kesibukan berkerja aku pun mengupah rakan membina reban ku dan sudah siap setahun lalu. Kini aku terpaksa membina lagi reban ke 3 kerana ayam- ayam. minat punya pasal. duit pun tak kisah la......yang penting hari puas.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan